Tuesday, 25 September 2007

Pendahuluan,

Akhirnya blog sendiri tercipta juga setelah sekian lama mengidamkannya, semuga kewujudan blog ini dapat kita kongsi bersama pengalaman, pemandangan, dan cerita sepanjang saya dan keluarga menetap di United Kingdom ini.

Kami seisi keluarga telah melangkah selangkah berhijrah dari satu negara bernama Malaysia ke sebuah negara yang mempunyai nama berbeza iaitu United Kingdom atau nama glamour nye UK ( bukan singkatan untuk ULU KELANG, atau ULU KINTA ) hehehe..ni real punya UK, pada tanggal 29hb September 2006 dalam tak sedar sudah hampir setahun kami di sini. Begitu pantas masa berlalu dalam setahun ini pelbagai kenangan dan pengalaman telah kami lalu bersama keluarga dan warga Malaysia yang lain yang sama2 menetap untuk belajar di sini.

No comments: