Sunday 30 September 2007

Sessi photo untuk Ucapan Hari Raya


Kami seisi keluarga , ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada kaum keluarga dan sahabat handai, rakan-rakan setugas di UPM dan semua yang mengenali kami dengan ucapan Kalau makan ketupat dan rendang tu ingatlah kami yang jauh diperantauan ni. SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan bathin.


Sebahagian daripada warga Cranfield,

Sambungan Majlis berbuka puasa


Solat berjemaah


Bersiap sedia untuk menunaikan Maghrib dan seterusnya

Isyak dan Sunat Tarawih

Majlis Berbuka Puasa

Menikmati juadah berbuka pada 29-09-07, dan sambutan kehadiran warga baru

Meriah dengan kehadiran pelajar baru dari Malaysia ke Cranfield.
Dan majlis sembahyang maghrib dan isyak serta tarawih berjemaah pada malam tersebut.


Dimulakan dengan bismillah disudahi dengan alhamdulillah,

Antara juadah yang dihidangan untuk majlis berbuka puasa
Juadah lagi
Tersenyum girang selepas menikmati juadah berbuka puasa....

Thursday 27 September 2007

Mitsubishi Evo II



amacam ok tak akunye Evo hehehe...tu beli cash tu...tak de hutnag2 heheh kalau kat mesia kurang2 6 tahun sangkut ngan Mai Peng (maybank), RhB Peng, Bumiputra peng hehehe..sini beli cash ..jual beli depan rumah jer hehehe...

Urusan jual beli kereta cukup mudah dan berkesan kat sini, sain jer atas geran dah selesai hehehe.

Musim Luruh


Daun pokok2 beraneka warna cantik2 ketika musim luruh.
Gambar ni sempat dirakamkan ketika berhari raya di rumah Penghulu Warga Malaysia ketika itu 2006, Dr Md Rasol Cranfield dekat Bedford tu BMW nampak muncung tu dia punya la hehehe...

Sessi Photo Majlis Ilmu bersama Pegawai MSD

Dari kiri depan : En A. Hafiz (Setiausaha CMS) , En. Mohd. Jamil (Presiden CMS), Isteri En Nazri, En Nazri (Pengarah MSD), Pn Azimah (Educ. Attache Manchester), Ustaz Erfino (Educ. Attache London), Pak Majid (PR UK)

Baris Belakang: Dr Mahmmod, Dr Md. Rasol (Mantan Presiden CMS), Y.M Raja Ishak(Mantan Setiausaha), En. Zainal, En M. Kamal, Pn. Norsuriana, Cik Normayati, Pn. Fadzilah, Pn Norlia, Pn Norlinah(Mantan bendahari), Pn Faridah, Cik Siti Nurliana, Adik Sofia dan Siti Nursyuhada.

Majlis Ilmu Bersama Ustaz Erfino Johari dan Pengarah MSD



Menikmati jamuan yang disediakan.

Bersama En Nazri Sulaiman, Pengarah MSD UK dan Ustaz Erfino Johari Educ. Attache MSD London.

Sekolah oh Sekolah


Bergaya dengan uniform sekolahnya..:)


Hari Pertama ke sekolah, di Cranfield Lower School


Bersiap sedia untuk ke sekolah di Wootton Upper School, tunggu bas tiba hanya 100 meter dari depan rumah

Alhamdulillah anak2 bersekolah di sini dengan selesa walaupun pada mula nya mereka agak takut2 lama kelamaan mereka selesa. Yang paling best kat sini sekolah semua percuma bukunya, pengangkutan ke sekolahnya, tiada yuran kena beli buku teks ataupun buku tulis semua disediakan disekolah. Pengangkutan dengan bas secara percuma pagi pergi sekolah petang balik sekolah tiada bayaran. yiehaaa..

Seminggu berada di UK


Shopping kat Tesco


Gambar kenangan selepas seminggu berada di UK, Melawat kawasan sekitar kampus Cranfield University.

Bersiar-siar di Bicester (Wholesaler)








Pertama kali pergi Bicester dibawa oleh teman senegara yang menetap di Cranfield
Tempat ni terkenal dengan barang-barang berjenama seperti kasut baju seluar pakaian dari adidas, puma, nike clarks semua ada kat sini harga pun bila masa di offer sungguh murah...

Wednesday 26 September 2007

Puasa terus puasa




Masuk hari ini dah 13 hari berpuasa, cuaca pula makin hari makin sejuk tak le terasa sangat puasa, kalau di M'sia dah tentu waktu berbuka melepas dendam untuk minum air yang banyak tapi di sini air tak kisah sangat .



Lagipun kena berbuka di tempat kerja..hehehe kena ler bawa bekal macam anak2 nak pergi sekolah bawa bekal hehehe..nasib badan ..namun benda2 mcm ni yang membezakan kehidupan M'sia dengan di sini pengalaman yang tak mungkin dapat kalau tak datang ke Uk ni.

Sabo je la...hehehe

Tuesday 25 September 2007

Buah hati kusayang


Gambar masa di Malaysia
Pendahuluan,

Akhirnya blog sendiri tercipta juga setelah sekian lama mengidamkannya, semuga kewujudan blog ini dapat kita kongsi bersama pengalaman, pemandangan, dan cerita sepanjang saya dan keluarga menetap di United Kingdom ini.

Kami seisi keluarga telah melangkah selangkah berhijrah dari satu negara bernama Malaysia ke sebuah negara yang mempunyai nama berbeza iaitu United Kingdom atau nama glamour nye UK ( bukan singkatan untuk ULU KELANG, atau ULU KINTA ) hehehe..ni real punya UK, pada tanggal 29hb September 2006 dalam tak sedar sudah hampir setahun kami di sini. Begitu pantas masa berlalu dalam setahun ini pelbagai kenangan dan pengalaman telah kami lalu bersama keluarga dan warga Malaysia yang lain yang sama2 menetap untuk belajar di sini.