Monday 1 September 2008

Doa hari ini .

Apabila anda mengalami mimpi yang menakutkan lakukanlah perkara berikut;

1. Meludah ke sebelah kiri sebanyak tiga kali.

2. Minta perlindungan dengan Allah daripada syaitan dan daripada perkara buruk yang telah dilihatnya.

3. Tidak menceritakan mimpinya kepada orang lain walau seorang pun.

4. Tukarlah posisi tidur anda.

5. Bangun mengerjakan solat jika ingin melakukannya.

Sunday 31 August 2008

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum w.b.t,

Esok Isnin 1 hb September 2008, kami warga Malaysia di bumi Cranfield United Kingdom akan mula berpuasa semoga Ramadhan tahun ini akan lebih diberkati dan lebih baik dari tahun2 yang lalu , walaupun puasa disambut di negara orang yang amat berbeza caranya namun ibadah puasa ini tetap ditunaikan. Ramadan bulan yang suci rahmat berlimpah dari Ilahi..banyakkan amal dibulan ini..semoga mendapat berkat..InsyAllah....

Tiada bazar ramadhan...tiada juadah yang pelbagai...tiada cendol..tiada air tebu..tiada kueh muih yang pelbagai jenis...kalau ada pun semuanya perlu dibuat sendiri...

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia..

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Assalamualaikum w.b.t

Tanggal 31 bulan 8 ...57,
hari yang mulia hari bahagia,
sambut dengan jiwa yang merdeka..

merdeka!
Mari kita seluruh warganegara
ramai-ramai menyambut hari merdeka..
merdeka...
31 bulan lapan lima puluh tujuh
hari mulai negara ku merdeka...
merdekaaaaa....
merdekaaaaa...
Merdekaaaaaaaaa..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51 kepada seluruh Rakyat MALAYSIA tidak kira dimana saja mereka berada.

MERDEKA ! MERDEKA! MERDEKA!

Saturday 30 August 2008

Keropok Lekor UK ????...


Ini la hasilnya...dah kat UK ni macam2 buat...heheh


NI sama gak cuma posisi jer lain hehe


Ni lagiii....


dan lagii....

Hari tu dalam bulan lepas ada buat keropok lekor, resipi semua ni ambik kat Internet myresipi.com senang duk luar negeri ni..kat web tu macam2 resipi untuk perantau macam kitorang ni..kalau rasa nak makan masakan mesia jer...klik jer la resipi kat web tu..pastu cuba2 ler buat kat sini..maklum ler kat sini mana ada jual kat sana sini...nak makan kena ler buat hehehehe...

kali ni buat keropok lekor pulak...ni semua nak layan selera anak2 ler...dah 2 tahun kat sini mula la selera macam2 ..hehehe..ni pun kira ejas2 ler skit...nak carik tepung sago mana ada kat UK ni, so setelah ejas2 guna tepung ubi ( tapioca + Tepung naik sendiri skit) dan ikan kembung ..kat sini nama dia Indian Makerel...hasil nya..taraaaaa...tak ler keras macam 1st time buat dulu ..baru ler lembut hehehe..terlepas rindu kat kepok lekor ganu hehehe...

Sate Oh Sate


Ini sate ayam yang telah diperap siap untuk di bakar


Ini pulak sate daging siap diperap tunggu nak bakar je

Ni pun sate daging gak...

NI pun sate daging juga lagi.....

Ini ler teknik membakar sate ala UK...hehehe bakar dalam kuali

Hehehe....janji ada rasa dan rupa sate..bakar ke..goreng ker...tak kisah lerr heheeh
Oleh kerana rindu terhadap sate di Malaysia, dengan semangat berkobar2nya aku pun buat sate, walaupun agak remeh untuk membuat sate namun berbaloi apabila dapat makan makanan yang sememangnya menjadi kegemaran keluarga masa di Malaysia, namun tak dapat lawan sedapnya sate yang kitorang selalu beli kat Malaysia..iaitu kat stall sate akak kat gerai MPSJ kat Taman Sri Serdang (TSS),.

Sate yang siap dibakar...sedia untuk dihidang...

Ermmm...yummy...
Zoom kasi clear lagi...yummyyyy
Siap sedia dihidang diatas meja tunggu nak ngappp jer
Dah mula nak ngap....hhehehehe..

Sekali ngap jer licin tinggal lidi ngan pinggan...heheheh
sate kat Mesia kena bakar..kat sini kitorang bakar dalam kuali tak melekat jer hehehe...apa nak buat..dapur hot plate kena ler buat cara tu...namun rasanya kira okay gak la...janji makan sate hehehe

Apabila ajal dah tiba...

Pada pukul 12.00 tengahari waktu Malaysia dan kira2 5.00 pagi waktu di UK salah seorang warga Malaysia disini telah dikejutkan dengan berita bahawa ayahanda beliau meninggal dunia.

Beliau adalah rakan yang sama2 datang ke UK ini pada bulan Sept 2006 dulu.
Kami sekeluarga turut bersedih atas pemergaian ayahanda beliau dan kami berharap agar beliau tabah dalam menghadapi dugaan Allah, setiap yang bernyawa itu akan mati dan reda lah dengan ketentuan Allah.

Pada malamnya kami warga Malaysia disini telah mengadakan majlis bacaan Surah Yassin buat ayahanda beliau. semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan diletakkan disisi orang2 mukmin. ALFATIHAH

Tetamu datang kerumah





Pada 21 - 23hb Ogos 2008,

Seorang tetamu kakitangan Mardi (Nur Ilida) yang menghadiri kursus di London selama 2 minggu telah berkesempatan untuk datang ke rumah dan bermalam dirumah kami, Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih atas kesudian beliau menziarah ke rumah kami, Dan selamat menjalankan tugas sekembalinya ke Malaysia semula.

Saturday 9 August 2008

Doa Setiap Hari Di Bulan Ramadhan

DAY 1
ALLAH, on this day make my fasts the fasts of those who fast(sincerely), and my standing up in prayer of those who stand up inprayer (obediently) , awaken me in it from the sleep of the heedless, and forgive me my sins , O God of the worlds, and forgive me, O one who forgives the sinners.

DAY 2
ALLAH, on this day, take me closer towards Your pleasure, keep me away from Your anger and punishment, grant me the opportunity to recite Your verses (of the Qur'an), by Your mercy, O the most Merciful.

DAY 3
ALLAH, on this day, grant me wisdom and awareness, keep me away from foolishness and pretension, grant me a share in every blessing You senddown, by You generosity, O the most Generous.

DAY 4
ALLAH, on this day, strengthen me in carrying out Your commands, let me taste the sweetness of Your remembrance, grant me, through Your graciousness, that I give thanks to You. Protect me, with Your protection and cover, O the most discerning of those who see.

DAY 5
ALLAH, on this day, place me among those who seek forgiveness. . Place me among Your righteous and obedient servants, and place me among Yourclose friends, by Your kindness, O the most Merciful.

DAY 6
ALLAH, on this day, do not let me abase myself by incurring Your disobedience, and do not strike me with the whip of Your punishment,keep me away from the causes of Your anger, by and Your power, O the ultimate wish of those who desire.

DAY 7
ALLAH, on this day, help me with its fasts and prayers, and keep me away from mistakes and sins of the day, grant me that I remember You continuously through the day, by Your assistance, O the Guide of those who stray.

DAY 8 ALLAH, on this day, let me have mercy on the orphans, and feed [thehungry], and spread peace, and keep company with the noble-minded, O theshelter of the hopeful.

DAY 9
ALLAH, on this day, grant me a share from Your mercy which is wide,guide me towards Your shining proofs, lead me to Your all encompassing pleasure, by Your love, O the hope of the desirous.

DAY 10
ALLAH, on this day, make me, among those who rely on You, from those whoYou consider successful, and place me among those who are near to you,by Your favor, O goal of the seekers.

DAY 11
ALLAH, on this day, make me love goodness, and dislike corruption and disobedience, bar me from anger and the fire [of Hell], by Your help, Othe helper of those who seek help

DAY 12
ALLAH, on this day, beautify me with covering and chastity, cover me with the clothes of contentment and chastity, let me adhere to justice and fairness, and keep me safe from all that I fear, by Your protection,O the protector of the frightened.

DAY 13
ALLAH, on this day, purify me from un-cleanliness and dirt, make me patient over events that are decreed, grant me the ability to be pious,and keep company with the good, by Your help, O the beloved of thedestitute.


DAY 14
ALLAH, on this day, do not condemn me for slips, make me decrease mistakes and errors, do not make me a target for afflictions andtroubles, by Your honor, O the honor of the Muslims.

DAY 15
ALLAH bless me and my family and all muslim for forgiveness

DAY 16
ALLAH, on this day, grant me compatibility with the good, keep me away from patching up with the evil, lead me in it, by Your mercy, to the permanent abode, by Your God ship, O the God of the worlds.

DAY 17
ALLAH, on this day, guide me towards righteous actions, fulfill my need sand hopes, O One who does not need explanations nor questions, O One whoknows what is in the chests of the (people of the) world. Bless Muhammadand his family, the Pure.

DAY 18
ALLAH, on this day, make me love goodness, and dislike corruption and disobedience, bar me from anger and the fire [of Hell], by Your help, Othe helper of those who seek help.

DAY 19
ALLAH, on this day, multiply for me its blessings, and ease my path towards its bounties, do not deprive me of the acceptance of its good deeds, O the Guide towards the clear truth.

DAY 20
ALLAH, on this day, open for me the doors of the heavens, and lock the doors of Hell from me, help me to recite the Qur'an, O the One who sends down tranquility into the hearts of believers.

DAY 21
ALLAH, on this day, show me the way to win Your pleasure, do not letShaytan have a means over me, make Paradise an abode and a resting placefor me, O the One who fulfills the requests of the needy.

DAY 22
ALLAH, on this day, open for me the doors of Your Grace, send down on meits blessings, help me towards the causes of Your mercy, and give me a place in the comforts of Paradise, O the one who answers the call of thedistressed.

DAY 23
ALLAH, on this day, wash away my sins, purify me from all flaws, examinemy heart with (for) the piety of the hearts, O One who overlooks theshortcomings of the sinners.

DAY 24
ALLAH, on this day, I ask You for what pleases You, and I seek refuge inYou from what displeases You, I ask You to grant me the opportunity toobey You and not disobey You, O One who is generous with those who ask

DAY 25
ALLAH, on this day, make me among those who love Your friends, and hateYour enemies, following the way of Your last Prophet, O the Guardian ofthe hearts of the Prophets.

DAY 26
ALLAH, on this day, make my efforts worthy of appreciation, and my sinsforgiven, my deeds accepted, my flaws concealed, O the best of those whohear.

DAY 27
ALLAH, on this day, bestow on me the blessings of Laylatul Qadr, changemy affairs from (being) difficult to (being) easy, accept my apologies,and decrease for me [my] sins and burdens, O the Compassionate with Hisrighteous servants.

DAY 28
ALLAH, on this day, grant me a share in its nawafil (recommendedprayers), honor me by attending to my problems, make closer the means toapproach You, from all the means, O One who is not preoccupied by there quests of the beseechers.

DAY 29
ALLAH, on this day, cover me with Your mercy, grant me in it successand protection, purify my heart from the darkness of false accusations,O the Merciful to His believing servants.

DAY 30
ALLAH, on this day, make my fasts worthy of appreciation and acceptance, according to what pleases You, and pleases the Messenger,the branches being strengthened by the roots, for the sake of ourleader, Muhammad, and his purified family. Praise be to ALLAH, the Lordof the worlds.

Tuesday 22 July 2008

Lagi tetamu dari Malaysia



Begambar dengan warga Cranfield semasa majlis BBQ


Ziarah rumah kawan beliau Sdra Zainal Rasyid


Dr Juzaiddin bersama seoarang lagi rakannya Sdra Akhmal

Pada 20hb Julai 2008 seorang jiran dari Bandar seri Putra Malaysia, iaitu Dr Juzaiddin telah datang menziarah kami sekeluarga dalam rangka urusan beliau untuk menghadiri seminar di Athens, beliau tiba pada petang Ahad 2:30 ptg dan saya telah menjemput beliau di Station Bas dan dibawa kerumah kemudian menikmati jamuan makan tenghari yang agak dah terlewat. Namun kami gembira beliau datang menziarah kami di sini walaupun dalam masa yang singkat dimana pada malamnya pukul 10.55 beliau akan berlepas ke Athens melalui Luton Airport yang tidak berapa jauh dari rumah kami.

Semasa beberapa jam beliau disini beliau telah dibawa berjumpa dengan seorang rakan sepejat beliau yang kebetulan menyambung pengajian di sini, dan seorang lagi kenalan beliau juga isterinya belajar disini. Terasa betapa kecilnya dunia apabila secara tidak langsung beliau dapat berjumpa 3 rakan dalam satu ziarah ini semuga ukhwah begini berterusan.

Saya juga sempat membawa beliau kerumah warga disini dimana kami sedang mengadakan majlis BBQ dan dapat berkenalan denganwarga disini sambil menikmati BBQ..rezekii...

Tetamu Datang ke rumah


Pada 10hb Julai 2008 Seorang tetamu dari Malaysia telah datang berkunjung ke rumah kami di sini, beliau ialah Prof Lee dari UKM, beliau yang mengenali isteri saya sedang dalam kursus selama beberapa hari di Universiti Cambridge sejak 4 hb Julai 2008 sempat untuk datang menziarah kami dan mengadakan lawatan ke Cranfield University terutama di makmal dan berjumpa dengan supervisor isteri saya. dalam masa yang singkat itu beliau telah disajikan makan tenghari bermenukan nasik ayam.

Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih atas kesudian beliau singgah ke rumah kami.

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itubermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi bolehmendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan. 10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Saturday 12 July 2008

Summer Season & Strawberry

Seronoknya dapat menyaksikan hasil tanaman strawberry sendiri dibelakang rumah hehehe..macam tak caya jer...


Masa berbunga dan berputik


putik nya kecil lagi


Setangkai ada banyak dalam 5-6 biji


Geram tengok buah strawberry ni...

Yang ni dah mula kemerahan...

Tengok ler buah strawberry dah nak masak semuanya..merah bila kena panas..

Ini baru hasil pokok yang pertama..
ermmm..ini la dia hasilnya..lepasni makan strawberry cicah coklat ler...macam siti nurhaliza hehehehe
Skarang ni dah masuk musim panas maka sana sini orang sibuk petik strawberry, maka akupun tidak ler terkecuali demi menjadikan pengalaman menetap di UK sebagai satu kenangan manis dalam diari hidup kami sekeluarga maka atas berkat usaha menanam 3 pokok strawberry yang dibeli di carboot sale dengan harga 1 GBP musim panas lepas lalu kini menikmati hasilnya yang mana tidak disangka akan menjadi juga pokok strawberry yang ditanam sendiri itu berbuah.

Merasa juga la tanam pokok strawberry, petik buah strawberry dan makan buah strawberry di UK hasil tanaman sendiri..dibelakang rumah (backyard)..semua kena tanam..serai tanam..cili tanam..kentang pon tanam..suka2 dari tak buat apa2..heheh...saksikan lah hasilnya...

Kereta oh kereta part II

Atas sebab2 keselesaan untuk perjalanan jauh maka terpaksalah aku tukar kereta, kali ni VW Passat menjadi pilihan kerana "condition" kereta ini amat memuaskan hati . Lagipun harganya tak ler mahal. Kereta lama telah dijual kepada warga Malaysia yang baru datang..kira jual murah ler...lelong... lelong..


wajah pandangan sisi...heheh


Pandangan dari belakang...



Pandangan sisi...

Sport Day's Sekolah Syuhada

Pada hari Selasa, 8hb Julai 2008, Acara sukan diadakan disekolah Siti Nursyuhada, walaupun acara dimulakan agak lewat kerana hujan disebelah paginya namun acara cukan tersebut telah berjalan dengan meriahnya kanak seronok menyertai acara pada hari tersebut,


Ketika menanti acara bermula


Acara sedang berlangsung..go syuhada..go syuhada...go syuhada..


Beratur menunggu gilaran dalam acara yang disertai...


Good Luck!!!

Aktiviti Riadah Willen Lake Park


Bergaya beramai2
Dan lagiii...
Pemandangan tasek yang dipenuhi dengan Angsa
Sebahagian rakan dan keluarga yang pergi beriadah.
Terlalu asyik melihat angsa didalam tasik sempat juga posing
Inilah angsa2 yang terdapat dalam tasek tersebut
Lawatan riadah ke taman Willen Lake dengan beberapa keluarga warga Malaysia disini pada satu petang yang sungguh berangin walaupun panas , pada mula nya hujan namun Alhamdulillah dapat juga aktiviti riadah ini diteruskan dengan 4 keluarga dan 4 buah kereta telah berangkat ke taman ini yang terletak tidak jauh dari tempat kami dalam 15 minit memandu. Masing2 membawa juadah untuk dinikmati bersama .

Tetamu besar dari Mardi menziarah Cranfield


Berposing depan rumah kamal


Berposing lagi

menjamu selera dirumah kami
En Ishak dan anaknya
Kamal, En Ishak dan Izzati anak kamal
Menjamu selera sambil berborak sakan..heheh
Makan jangan malu2...
makan pencuci mulut ...tepung pelita ala UK
Bergaya sakan depan rumah kami...
Semasa di Station keretapi di Milton Keynes

Pada hari Jumaat bersamaan 4 hb Julai Dr Kamariah Long seisi keluarga telah datang ke bumi Cranfield, Kami dan Sdra Kamal telah pergi menjemput mereka sekeluarga di Gatwick Airport UK. Kami merasa sungguh terharu dengan kesudian beliau sekeluarga datang untuk menziarah kami di sini dan merasa sungguh meriah dan seronok dengan kehadiran mereka sekeluarga.
Kesempatan dua hari terasa sangat pendek, namun kami merasa sangat gembira dapat bertemu warga Malaysia terutama warga Mardi..seperti Dr. Kamariah dan keluarga
Diharap mereka tidak serik datang lagi dimasa akan datang.