Saturday 30 August 2008

Apabila ajal dah tiba...

Pada pukul 12.00 tengahari waktu Malaysia dan kira2 5.00 pagi waktu di UK salah seorang warga Malaysia disini telah dikejutkan dengan berita bahawa ayahanda beliau meninggal dunia.

Beliau adalah rakan yang sama2 datang ke UK ini pada bulan Sept 2006 dulu.
Kami sekeluarga turut bersedih atas pemergaian ayahanda beliau dan kami berharap agar beliau tabah dalam menghadapi dugaan Allah, setiap yang bernyawa itu akan mati dan reda lah dengan ketentuan Allah.

Pada malamnya kami warga Malaysia disini telah mengadakan majlis bacaan Surah Yassin buat ayahanda beliau. semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan diletakkan disisi orang2 mukmin. ALFATIHAH

No comments: