Wednesday 31 October 2007

Kembali Ke Tanah Air

Assalamualaikum,

Hari ini tanggal 31/10/2007 satu keluarga lagi telah kembali ke Tanah Air setelah tamat pengajian PhD beliau, iaitu Pn. Norlinah G MOhd, Saya mengucapkan tahniah semuga bakal bergelar Dr Falsafah tidak lama lagi setelah selesai vivanya InsyAllah , didoakan semuanya berjalan lancar, dan ucapan selamat menempuh alam persekolah di Malaysia semula kepada kedua2 anak beliau iaitu Waliid dan Sofea semuga dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran di Malaysia nanti, dan semuga mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran serta mengikut jejak ibunya sehingga ke peringkat Phd. InsyAllah..kami sekeluarga berharap akan bertemu lagi apabila kami kembali ke Malaysia...aminnnn

Tuesday 23 October 2007

Tetamu dari KUKUM dan Pegawai KWSP

Alhamdulillah..

Pagi Ahad 21/10/2007 jam 9:30 seperti dijangkakan ketibaan tetamu dari KUKUM iaitu Prof Mohd Nor datang ker rumah setelah menghadiri Satu Exhibition di London dan akan tinggal dirumah kami sepanjang urusan beliau di Cranfield dan Manchester,

Kami mengalukan kehadiran Prof ke rumah kami, Rasa gembira dengan kehadiran tetamu dari Malaysia.

Dan pagi tadi 23/10/2007 bertemu dengan 2 orang Pegawai dari KWSP , Pn Rosmina dan Pn Zalika.......yang menghadiri kursus selama 2 minggu di CMDC hotel dimana tempat aku berkerja. Seronok dapat berjumpa dengan rakyat Malaysia yang datang ke tempat kami, Aku menjemput mereka untuk makan malam bersama kami, dan berjanji akan membantu mereka dalam mendapatkan bahan keperluan di pasaraya berdekatan. Mereka nampak gembira kerana selama beberapa hari di sini sejak 5 hari raya lagi mendapati agak sukar untuk mendapatkan makanan halal. Di harap dengan berjumpa dengan mereka ini kami akan dapat membantu seberapa yang terdaya dalam masalah makanan dan membeli barang2 keperluan.

Menurut cerita mereka sudah beberapa group dari KWSP datang berkursus di Hotel ini namun tak berjumpa dengan warga Malaysia, mereka tidak menyangka ada orang Malaysia disini, dengan pertemuan kami pagi ini baru mereka tahu bahawa terdapat lebih kurang 20 keluarga di Cranfield ini.

Saturday 20 October 2007

Musim sejuk bakal menjelma





Pemandangan dalam Shopping Complex



Pergi Shopping 20/10/2007 di Central Milton Keynes


Winter....ermmm it's just arround the corner..sejuk udah mula menyusuk tulang..hehehe freezing at the early morning ..cahaya matahari ada namun masih terasa kesejukannya, baju tebal tetap meliputi badan. Musim sejuk kali ini nampaknya tidak begitu mengganggu mental hehehe..berbeza dengan waktu mula2 tiba setahun lalu. masa baru tiba setahun lalu suhu sekitar 17-19 degree celcius, begitu terasa kerana perubahan yang mendadak berbeza dengan Malaysia ketika itu sekitar 36 degree celcius, masa tu "heater" dalam rumah di "on" kan sepanjang hari 24 jam sehari, sehinggakan menerima bil gas sebanyak £300+ untuk 3 bulan..mukakaka terkejut badak hehehe..3 bulan bil gas begitu banyak hehehe

It's much better now compare to last year, walaupun masa ni suhu drops sekitar 10 -12 degree celcius namun "heater" tidak lagi menjadi peneman kami masih boleh bertahan dengan suhu sejuk sekarang, we getting use with it now kih! kih! kih! , but pernah sewaktu musim panas yang lepas ketika suhu mencecah 23 Degree celcius sudah terasa bahang tak tahan..hehehe. padahal waktu di Malaysia suhu sekitar 36 degree celcius adalah perkara biasa.

Just can't imagine if kitorang balik Malaysia in about 2 years time, i'm very sure suhu mungkin bertambah panas in Malaysia kan kan.. heheheh mungkin dah rasa tak tahan pulak dengan suhu Malaysia..ahakss..nampak gayanya kena ler pasang air cond di setiap bilik tidur di Malaysia sebelum kembali ke Tanah air hehehe..

Thursday 11 October 2007

Syawal Oh Syawal


Majlis Rumah Terbuka 14/10/2007


Beraksi selepas Solat Aidil fitri 13/10/2007

Hari ini tinggal sehari lagi bakal menyambut hari raya, aku dah mula bercuti khamis hingga isnin depan..ermm cuti panjang hehehe..ari ni sibuk nak gi beli barang2 untuk society pastu nak beli barang2 keperluan untuk majlis open house raya nanti..sesiapa yang sudi meh la datang beraya rumah kitorang kat UK ni hehehe..

Takpo la beraya diperantauan selama 3 tahun ni dah banyak kali pon beraya kat Malaysia sesekali ubah angin plak beraya tempat sejuk hehehe...rumah pulak kat sini kecik kecik..terpaksa la bersesak2 sebab musim sejuk bukan boleh buat majlis diluar rumah hehehe mau beku plak kang hehehe..

Raya kat sini sama je kot macam kat sana menu masakan sama sebab kat sini boleh dpat semua bahan untuk masak rendang, kari kuah kacang, serai, semua ada..cumanya suasana beraya kat sini tak ler semeriah kat mesia sebab kat sini kita2 jer yang beraya..orang lain mcm biasa jer..berbeza kalau kat M'sia bila raya semua orang raya termasuk india cina pun tumpang sekaki hehehe...sini sesama warga M'sia yang ada kat sini je la..

Monday 8 October 2007

Koleksi gambar III


Tetamu pertama hari raya 2006


Bersiap sedia untuk ke sekolah


Salji mula cair


Hantar anak sekolah dengan bas sekolah

KOleksi gambar II


Bergelonsor atas salji sampai cair hehehe


Salji pun kena gi sekolah...hehehe (akhirnya istihar cuti hari tu)


Bergambar ketika salji turun..sejukkkkk

Koleksi gambar


Pemandangan "backyard" dilitupi salji


Menjelang pagi cahaya kebiruan , anak2 telah keluar memijak salji buat kali pertama


Salji menutupi lorong masuk depan rumah


Salji turun waktu malam buat kali pertamanya

Hari minggu


Kak Rodziah dan suami Mr Mick, dan kiri sekali rakan mick

Minggu ni nasib aku..kena keje Sabtu dan Ahad..kesian anak2 aku tak dpt gi jenjalan tapi takpe demi tugas..aku korbankan hehehe..ni yang aku dapt cuti ari Isnin ni sebagai ganti.

Malam tadi temankan member aku hantar member dia ( skang dah jadik member aku gak hehehe) balik ke hotel dia kat London. Member ni Pramugara MAS, sebelum dia datang sempat gak lah aku kirim satu Pek MILO mesia heheh..sini ada MILO tapi rasa dia lain skit anak2 aku tak suka hehehe..syukur raya ni minum MILO ler hehehe..walaupun hajat untuk makan sambal petai Udang raya ni tak kesampaian sebab tak der musim petai ..so dia tak dpt bawak hehehe..

Kena beli petai dalam tin lagi ler nampak gayanye ni hehehe.
Ari ni cuti sempat gak ler aku mengkontek rakan2 kat Mesia..guna skype ni..nasib baik ada skype ..murah kos tepon dari UK ke Mesia..lebih murah dari kadar org mesia call orang mesia di mesia sendiri..( apa aku cakap ni..betul ker ayat aku ni?) rasa macam berbelit2 jer ayat aku ni..takpe korang pandai2 la fahamkan ekk..aku posa..biasa laa..hahahahha..

kepada Din tq banyak2 sebab tolong wakilkan bayarkan zakat fitrah kitorang sekeluarga kat mesia. Aku mmg nak bayar kat mesia sebab nya..kat sini cukai tinggi dah tu cukai yang aku bayar ni mmg dorang guna untuk charity council so dah kira mcm zakat aku kat rakyat2 UK ni ler...dan lagi warga2 ISlam seperti PAkistan, Arab, Iran dan macam2 negara yang ada menjadi PR kat sini semuanya kaya kaya.. so aku merasakan baik aku bayar kat Mesia sekurang2nya kat Mesia tu rasanya ramai lagi yang lebih memerlukan perhatian hasil dari zakat ni..aku rasa ler..tu sebab aku buat keputusan gitu.

Tengkiu lagi sekali kat TOK DIn hehehe..lama tak sebut TOK ..rindu kat korang semua aa..TOK Kamal, ToK Nin, ToK Jas, TOK itu tok Ini heheh..kat sini tak der tok tok..sebut nama dorang jer..walaupun dorang tua dari kita ker..atau dorang pangkat besar ker..Professor ker prof madya ker..sebut nama jer..tak sebut pon Title dorang kat sini..hehehe...tu yang beza dengan kita Kat Mesia.aku suka orang sini punya cara...peramah hormat menghormati tak memandang darjat...( kat tempat keje aku ni ngan kat Uni serta persekitaran tempat aku tinggal ni ler) Orang tempatan begitu peramah dan bersopan. pantang bertemu atau berselisih mesti ada ucapan atau tegur dengan kata2 yang baik2..

Saturday 6 October 2007

SELAMAT HARI RAYA


Kanak2 Bermain riang gembira bersama-sama


Bersama Ex-Penghulu CMS Dr. Rasol Manap malam majlis berbuka puasa terakhir 6/10/2007

Assalalamualaikum W.B.T,

Ramadhan telah hampir kepenghujung dan bakal menjelma Syawal tidak berapa hari je lagi, masa masa begini la terasa kesayuan diperantauan, kerinduan kepada kaum keluarga sanak saudara macam mengigit mencakar hati,,hahahaha,,apa ayat aku ni gigit dan cakar.?tak kisah la janji aku dapat raya..tak kira la kat perantauan ker..kat rantau seliau ker...( ni nama tempat kat Negeri Sembilan) kampung member aku hahahaha..syok la dorang beraya bersama rakan taulan dan saudara mara..aku nampak gayanya makan lemang aluminium foil lagi ler tahun ni wakakakakaka...raya tetap raya...open house tetap ada..hhehehe..cuma duit raya jer tak der kat sini hahahaha..kesian budak2 ni tak dapat ler nak mengumpul duit untuk hari tua..hehehehe.

NI nak raya tapi baju raya blom beli lagi ni hehehe...semua belum siap lagi...ayam daging semua belum beli heheh...asyik keje jer...dah dekat nak raya pulak ler kena keje sabtu dan ahad...bulan2 puasa ni juga ler tpt keje aku ni bz...nasib baik kat negara ni sejuk..keje teruk pon tak terasa penat..kalau kat M'sia mau dah teguk air bergelas2 tuh hahahah..sini menten jer..takat mengah2 kucing jerr hehehe...

Monday 1 October 2007

Cuti-cuti UK

AsSalam,
Hari ini 1hb Okt 2007, aku off  satu hari..yiehaaa..but..but..kena ganti nanti Sabtu ngan ahad kena keja plak..iskhh weekend kena keje ni yang lotih ni..lazy lazy lazy me..but it's alright, sini bukan ler penat sangat, keje senang cuaca plak sejuk, tak keje kang sape nak isi kocek aku wakakakaka...kalau aku anak Raja ke Sultan ke boleh aa tak keje pon dpt elaun hehe..opss kalau anak Rajalinggam dapat elaun gak ker.?kekekeke..sorri Linggam terpilih nama ane pulak untuk contoh hehehe..

Well you know, i dont like this fellin when i got off work on weekday so kalau dah boring-boring tu pc jer laa my focus..bila cuti orang lain plak keje..anak2 gi skool mem pon g skool, so just me and myself kat rumah bosan amat dok ngadap pc naik juling mata hitam ku..lebam kelopak kening ku..( sib baik tak jadik lentik kening macam ZZ) tak tau ker ZZ tu sapa.??bukan Zarina Zainuddin laaa...alaa si ZZ Pak Zin daughters la..Ziana tu lerr iskhhh susah la korang ni benda2 sempoi camtu pun nak aku jelaskan sampai berjela2 kang korang gak yang jemu nak baca..aku pon penat taip ni tau..dah ler guna satu jari..patuk ayam orang kata..keletuk! kelatak..sebiji sebiji kebod tu aku ketuk...dah naik kemek aku rasa kebod tu..tu la pasal aku tukar kebod dah dekat 16 kali..hehehe ( tak sampai pun 5 kali tapi saja jer temberangkan korang..korang mesti dah nak caya tadi tu kan.??hahahaha) korang ni kalau kena temberang ngan aku mesti caya jer kan.??sorry about that yeah..!! hehehe ..buat aku letih jer temberangkan korang..hahahaha..

what's next eh...ermmm..errmm opsss wait da minit..berenti menaip jap..nak dengar bunyi jam loceng aku ...hahahaha...oh yaa i want to talk about yesterday..
korang tau apa terjadi kat aku semalam.?? nuttin !! hahaha.....cumanya semalam hari sunday so tau2 je laa...kat sini kalau hujung2 minggu Carboot Sale ler..hehehehe...itu jer la tempat menglipur lara...kalau nak gi shopping Mall kang takat windows shopping jer laa..kat carboot ada laa seronok skit...sambil2 shopping sambil2 exercise tu...2-3 jalan keliling carboot sale tak sedar..balik baru terasa lenguh sana sengal sini..sapu minyak gamat la..sapu minyak masak la..hehehehe. nanti ler sesekali aku gi amik gambar suasana di carboot.Buat masa ni lom sempat amik gambar lagi...sibuk ngan shopping hehehe...entah apa2 jer yang dibeli...tau2 tak muat bonet kete hahaha..

Ok la..makin pening aku ni..aku rasa aku citer bila aku dah tak sewel nanti..ni tah apa2 aku citer aku pun tak faham...pelik jer aku rasa, ( prektis menulis secara spontan jer aku andaikan ni) kalau tiap2 hari aku taip apa2 yang terlintas diminda secara spontan..lama2 esok terer la aku kot..nanti boleh laa tulis dengan baik dan cerita pon baik kot..harap2 gitu laa..sebab aku dah lama jeles ngan budak yang nulis kat blog dorang...aku gak tak pandai nak cerita..kalu nak temberang tu terer la kot..wakakwakakaka..

ok till next time then yah...hehehe