Monday 24 December 2007

Salji bakal menjelma


Pada malam Khamis 20/12/2007 cuaca agak sejuk suhu disekitar -3 hingga -5, dimana pada waktu pagi di sekitar kawasan tempat kitorang ni diselaputi salji nipis itu sebagai tanda2 tidak lama lagi bakal turun salji yang lebat dan tebal, ermmm seronok kalau salji turun awal tahun ni memandangkan sekarang ni semua kat sini sedang bercuti sehingga 2hb Januari 2008,


Yang pasti anak2 mesti suka dorang ni suka salji tapi cuaca sejuk tak suka heheh..sebab masa salji hilang rasa sejuk kerana keseronokan seluruh kampung disini keluar bermain salji di padang didepan rumah kami ni...heheh ada yang bina snowman ada yang bina Igloo ada yang baling2 salji ..ada yang berposing sakan heheh..tak kurang juga yang dok memerhati saja hehehe..


Nanti salji kita sambung cerita besama gambar sekali hehehe...


Sunday 23 December 2007

Rumah Terbuka Aidil Adha

Majlis Rumah Terbuka Aidil Adha. & Bacaan Yassin.

Pada hari Khamis 20/12/2007 bermula 4:30 dengan Jamuan Hari Raya Aidil Adha, para tetamu dihidangkan dengan Nasi Beriani, Nasi Impit dengan Kari Kambing, Ayam Masak Tomato, Rendang Daging, Kuah Kacang Ayam, acar timun dan nenas serta Pecal fishball, fishcake dan timun hehehe. Tidak ketinggalan Kek Gula Hangus juga turut menjadi hidangan. Serta buah2an yang dibeli dari Tesco turut menjadi juadah pada majlis tersebut.

Syukur Alhamdulillah Ramai warga Cranfield yang hadir termasuk Veteren UK PR Pak Majid turut hadir memeriahkan majlis terima kasih banyak2 kerana sudi hadir, menjamu selera dan membaca Yassin dan doa kesyukuran pada malam itu yang diketuai oleh Sdra Hafiz Ismail.

Pada tahun ini rancangan untuk warga disini melakukan ibadah Korban tidak dapat dijalankan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, Namun InsyAllah tahun depan kita akan merancang dengan lebih awal dan teliti bagi menjayakan ibadah Korban ini.

Memandangkan cuaca sudah mula sejuk di sini ada ketikanya mencecah -7 dan pada malam sebelum majlis tersebut suhu mencecah -3 dan "frost" sewaktu pagi disekitar kawasan namun itu tidak menjadi penghalang untuk majlis ini diteruskan dan majlis ini kami jadikan sebagai salah satu cara untuk kami berkumpul dan beriadah serta bertukar2 cerita, walaupun mmg hari2 berjumpa hehehe...


Terima Kasih, kepada semua yang terlibat..SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dan SELAMAT TAHUN BARU 2008..

Wasalammm

Monday 17 December 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum..W.B.T

Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya AidilAdha, Kitorang ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam. Selamat menunaikan Fardhu Haji kepada Bakal2 semuga mendapat haji yang Mabrur. InsyAllah.

Dengan ini bermakna kitorang telah menikmati Hari Raya di sini sebanyak 2 kali dan 2 kali raya puasa. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan namun kemeriahan tetap dirasai merayakan bersama2 rakan senegara di sini. Ini adalah satu pengalaman yang amat tidak ternilai semuga kenangan manis ini akan terpahat dihati sanubari sampai bila2.

Wednesday 12 December 2007

Saranan Berdoa

Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya. Firman-Nya,

Dan Tuhan kamu berfirman:

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (40: 60)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):

Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (02: 186)

Apabila berseru, atau memohon, atau berdoa kepada Allah, haruslah dengan merendah diri, berahsia, rasa takut, dan penuh harapan. Firman-Nya,

Berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang Yang memperbaiki amalannya. (07: 55-56)

Juga, Allah menyeru supaya menuluskan agama untuk-Nya:

Dia lah Yang tetap hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; maka Sembahlah kamu akan Dia Dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadanya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (40: 65)

Apa yang dipohonkan haruslah yang baik dan tidak tergesa-gesa memohon yang tidak baik. Apabila yang baik dipohon tetapi yang buruk pula yang datang, maka janganlah menjadi jemu dan berputus asa. Firman-Nya,

Dan manusia berdoa Dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa Dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru. (17: 11)

Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang Yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah). (41: 49)

Atau siapakah Yang memperkenankan doa orang Yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan Yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat Yang telah lalu) mendiami dan Menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? amat sedikit di antara kamu Yang mengingati (Nikmat Allah itu). (27: 62)

Doa-doa di dalam al-Qur'an bukan sedikit dan harus dipakai atau dijadikan contoh untuk memohon atau berdoa kepada Allah. Kerana mereka adalah ajaran daripada Allah

Monday 10 December 2007

Renungan

Rasullullah dan Pengemis buta

SEMOGA BERMANFAAT

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA. Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.

Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya. Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu. .. Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?

MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus.

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3. Bantu pendidikan seorang anak.
4. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.
5. Bagi CD Quran atau Do'a.
6. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
7. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
8. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

Sarah and famili





Sarah n famili (ibu ngan ayah dia) telah bermalam di rumah kitorang dan sempat lah bawak bershopping ke Milton Keynes dan Bicester Oulet Wholesale, tempat paling ramai orang2 kaya Malaysia shopping barang2 berjenama..seperti clark's..timberland Levis semua yang berjenama lerr..sini mmg ramai ler bleh jumpa muka2 orang Malaysia..menteri2 pegawai2 besar suka tempat ni hehehe...

Melencong ke University of Birmingham






Sempena lawatan Pegawai Pengurusan Mardi ke UK semua pegawai mardi yang sedang menuntut di seluruh UK telah dijemput untuk satu majlis pertemuan dan ramah mesra bersama Pegawai Pengurusan Mardi bertempat di University of Birmingham, apa lagi kitorang pun seisi keluarga pergi hehehe..anak2 siap ponteng sekolah...sempat la berposing di sana...