Tuesday 22 July 2008

Lagi tetamu dari Malaysia



Begambar dengan warga Cranfield semasa majlis BBQ


Ziarah rumah kawan beliau Sdra Zainal Rasyid


Dr Juzaiddin bersama seoarang lagi rakannya Sdra Akhmal

Pada 20hb Julai 2008 seorang jiran dari Bandar seri Putra Malaysia, iaitu Dr Juzaiddin telah datang menziarah kami sekeluarga dalam rangka urusan beliau untuk menghadiri seminar di Athens, beliau tiba pada petang Ahad 2:30 ptg dan saya telah menjemput beliau di Station Bas dan dibawa kerumah kemudian menikmati jamuan makan tenghari yang agak dah terlewat. Namun kami gembira beliau datang menziarah kami di sini walaupun dalam masa yang singkat dimana pada malamnya pukul 10.55 beliau akan berlepas ke Athens melalui Luton Airport yang tidak berapa jauh dari rumah kami.

Semasa beberapa jam beliau disini beliau telah dibawa berjumpa dengan seorang rakan sepejat beliau yang kebetulan menyambung pengajian di sini, dan seorang lagi kenalan beliau juga isterinya belajar disini. Terasa betapa kecilnya dunia apabila secara tidak langsung beliau dapat berjumpa 3 rakan dalam satu ziarah ini semuga ukhwah begini berterusan.

Saya juga sempat membawa beliau kerumah warga disini dimana kami sedang mengadakan majlis BBQ dan dapat berkenalan denganwarga disini sambil menikmati BBQ..rezekii...

Tetamu Datang ke rumah


Pada 10hb Julai 2008 Seorang tetamu dari Malaysia telah datang berkunjung ke rumah kami di sini, beliau ialah Prof Lee dari UKM, beliau yang mengenali isteri saya sedang dalam kursus selama beberapa hari di Universiti Cambridge sejak 4 hb Julai 2008 sempat untuk datang menziarah kami dan mengadakan lawatan ke Cranfield University terutama di makmal dan berjumpa dengan supervisor isteri saya. dalam masa yang singkat itu beliau telah disajikan makan tenghari bermenukan nasik ayam.

Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih atas kesudian beliau singgah ke rumah kami.

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itubermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi bolehmendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan. 10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Saturday 12 July 2008

Summer Season & Strawberry

Seronoknya dapat menyaksikan hasil tanaman strawberry sendiri dibelakang rumah hehehe..macam tak caya jer...


Masa berbunga dan berputik


putik nya kecil lagi


Setangkai ada banyak dalam 5-6 biji


Geram tengok buah strawberry ni...

Yang ni dah mula kemerahan...

Tengok ler buah strawberry dah nak masak semuanya..merah bila kena panas..

Ini baru hasil pokok yang pertama..
ermmm..ini la dia hasilnya..lepasni makan strawberry cicah coklat ler...macam siti nurhaliza hehehehe
Skarang ni dah masuk musim panas maka sana sini orang sibuk petik strawberry, maka akupun tidak ler terkecuali demi menjadikan pengalaman menetap di UK sebagai satu kenangan manis dalam diari hidup kami sekeluarga maka atas berkat usaha menanam 3 pokok strawberry yang dibeli di carboot sale dengan harga 1 GBP musim panas lepas lalu kini menikmati hasilnya yang mana tidak disangka akan menjadi juga pokok strawberry yang ditanam sendiri itu berbuah.

Merasa juga la tanam pokok strawberry, petik buah strawberry dan makan buah strawberry di UK hasil tanaman sendiri..dibelakang rumah (backyard)..semua kena tanam..serai tanam..cili tanam..kentang pon tanam..suka2 dari tak buat apa2..heheh...saksikan lah hasilnya...

Kereta oh kereta part II

Atas sebab2 keselesaan untuk perjalanan jauh maka terpaksalah aku tukar kereta, kali ni VW Passat menjadi pilihan kerana "condition" kereta ini amat memuaskan hati . Lagipun harganya tak ler mahal. Kereta lama telah dijual kepada warga Malaysia yang baru datang..kira jual murah ler...lelong... lelong..


wajah pandangan sisi...heheh


Pandangan dari belakang...



Pandangan sisi...

Sport Day's Sekolah Syuhada

Pada hari Selasa, 8hb Julai 2008, Acara sukan diadakan disekolah Siti Nursyuhada, walaupun acara dimulakan agak lewat kerana hujan disebelah paginya namun acara cukan tersebut telah berjalan dengan meriahnya kanak seronok menyertai acara pada hari tersebut,


Ketika menanti acara bermula


Acara sedang berlangsung..go syuhada..go syuhada...go syuhada..


Beratur menunggu gilaran dalam acara yang disertai...


Good Luck!!!

Aktiviti Riadah Willen Lake Park


Bergaya beramai2
Dan lagiii...
Pemandangan tasek yang dipenuhi dengan Angsa
Sebahagian rakan dan keluarga yang pergi beriadah.
Terlalu asyik melihat angsa didalam tasik sempat juga posing
Inilah angsa2 yang terdapat dalam tasek tersebut
Lawatan riadah ke taman Willen Lake dengan beberapa keluarga warga Malaysia disini pada satu petang yang sungguh berangin walaupun panas , pada mula nya hujan namun Alhamdulillah dapat juga aktiviti riadah ini diteruskan dengan 4 keluarga dan 4 buah kereta telah berangkat ke taman ini yang terletak tidak jauh dari tempat kami dalam 15 minit memandu. Masing2 membawa juadah untuk dinikmati bersama .

Tetamu besar dari Mardi menziarah Cranfield


Berposing depan rumah kamal


Berposing lagi

menjamu selera dirumah kami
En Ishak dan anaknya
Kamal, En Ishak dan Izzati anak kamal
Menjamu selera sambil berborak sakan..heheh
Makan jangan malu2...
makan pencuci mulut ...tepung pelita ala UK
Bergaya sakan depan rumah kami...
Semasa di Station keretapi di Milton Keynes

Pada hari Jumaat bersamaan 4 hb Julai Dr Kamariah Long seisi keluarga telah datang ke bumi Cranfield, Kami dan Sdra Kamal telah pergi menjemput mereka sekeluarga di Gatwick Airport UK. Kami merasa sungguh terharu dengan kesudian beliau sekeluarga datang untuk menziarah kami di sini dan merasa sungguh meriah dan seronok dengan kehadiran mereka sekeluarga.
Kesempatan dua hari terasa sangat pendek, namun kami merasa sangat gembira dapat bertemu warga Malaysia terutama warga Mardi..seperti Dr. Kamariah dan keluarga
Diharap mereka tidak serik datang lagi dimasa akan datang.

Murtabak ala UK


Murtabak sedang digoreng dalam kuali


kulit popia untuk jadikan kulit murtabak



Inti daging ayam untuk isi murtabak


Bancuhan inti murtabak dengan telur dan bawang


Tadaaa....dah siap digoreng...
Inilah hasil murtabak yang dibuat di UK ni dengan menggunakan kulit popia, terubat juga rindu nak makan murtabak ...nak makan kat Oriental City dimana terdapat gerai Malaysian kat situ telah pun ditutup so nak makan kena la buat sendiri nasib baik menjadi jugak..heheh