Tuesday 22 July 2008

Lagi tetamu dari Malaysia



Begambar dengan warga Cranfield semasa majlis BBQ


Ziarah rumah kawan beliau Sdra Zainal Rasyid


Dr Juzaiddin bersama seoarang lagi rakannya Sdra Akhmal

Pada 20hb Julai 2008 seorang jiran dari Bandar seri Putra Malaysia, iaitu Dr Juzaiddin telah datang menziarah kami sekeluarga dalam rangka urusan beliau untuk menghadiri seminar di Athens, beliau tiba pada petang Ahad 2:30 ptg dan saya telah menjemput beliau di Station Bas dan dibawa kerumah kemudian menikmati jamuan makan tenghari yang agak dah terlewat. Namun kami gembira beliau datang menziarah kami di sini walaupun dalam masa yang singkat dimana pada malamnya pukul 10.55 beliau akan berlepas ke Athens melalui Luton Airport yang tidak berapa jauh dari rumah kami.

Semasa beberapa jam beliau disini beliau telah dibawa berjumpa dengan seorang rakan sepejat beliau yang kebetulan menyambung pengajian di sini, dan seorang lagi kenalan beliau juga isterinya belajar disini. Terasa betapa kecilnya dunia apabila secara tidak langsung beliau dapat berjumpa 3 rakan dalam satu ziarah ini semuga ukhwah begini berterusan.

Saya juga sempat membawa beliau kerumah warga disini dimana kami sedang mengadakan majlis BBQ dan dapat berkenalan denganwarga disini sambil menikmati BBQ..rezekii...

No comments: