Wednesday 8 May 2013

Expedisi Makan Makan & Santai

Sehari sebelum pilihanraya ke 13 iaitu pada 4 Mei 2013, aku bersama 3 rakan sekerja telah melakukan satu expedisi yang kami gelar expedisi makan makan dan santai. Perjalanan merentasi Lebuhraya Utara Selatan untuk merealisasikan destinasi kami ke Pulau Pinang...bukan untuk kempen tau..tapi untuk santaiiii jerr..heheheh

Seiring dengan tujuan exspedisi tersebut maka haluan pertama kami adalah makan dan santai, Mee Udang Kuala Sepetang menjadi agenda pertama kami. Pada mulanya kami bercadang untuk makan mee udang di Gerai Salleh Mee Udang namun apakan daya rezeki untuk makan disitu tak kesampaian kerana ianya tutup, sibuk pasang bendera untuk mengundi kot...hehehe..apapun kami tak patah hati, semangat terus membara untuk melunaskan tanggungjawab projek makan makan dan santai..hehehe..so...Mak Jah Mee Udang menjadi target alternatif kami.

Semasa kami sampai di Gerai Mak Jah pengunjung tak begitu ramai lagi, mungkin sebab awal petang lalu kami pun membuat pesanan 2 mee udang special dan 2 mee goreng special dengan tambahan udang goreng tepong  dan nasi goreng udang  memang tak dinafikan udangnye yang menjadi tarikan .
 
Kami menjamu selera dengan rasa kepuasan yang amat sangat dengan tiupan bayu yang sepoi2 di bawah pohon mangga..hehehe..