Monday 16 June 2014

Cukai Jalan Tamat Tempoh

16hb Jun 2014,

16hb Jun setiap tahun Itu adalah tarikh yang memeritkan jika ianya datang, kalau tak bersedia dari awal sudah tentu akan memeningkan kepala mana tidaknya, Insuran sahaja dah berapa RM..RM..cukai jalan lagi...nasib baik cukai Jalan tu RM278.00 jer setahun.
Bagi aku persediaan awal dan berterusan memang perlu ada, contoh macam aku dan beberapa orang rakan setugas menjalankan permainan kutu, kami namakan Projek  Kutu Roadtax seramai 12 orang RM200.00 sebulan , giliran pula mengikut tarikh tamat cukai jalan masing-masing.
Memang sangat membantu meringankan kepala kerana waktu roadtax tamat tempoh , ketika itu juga dapat duit kutu ermm.... bayangkan RM2400.00 tu...semua kos sudah sedia dengan sedikit lebihan untuk berbelanja. dengan senang hati dapat diselesaikan urusan tersebut tanpa berkira2 untuk mencari wang. Ini dah kali ke3 kita orang punye projek kutu roadtax berjalan akan disambung lagi selepas tamat bulan Ogos ni. InsyAllah. Ini adalah antara projek menabung. Amalan berjimat cermat. hehehe.


Apapun semua nya telah diselesaikan semalam. Urusan insuran dan cukai jalan telah dibuat semalam, pagi pergi ke pejabat Insuran rakan aku, lepas tu pergi Pejabat Pos perbaharui cukai jalan, hari ini semua dah selesai, tunggu 1 tahun lagi untuk proses berulang hehehe.

Kembali ke Sekolah

AsSalam,

Hari Isnin 16hb Jun 2014, tamatlah sudah percutian bagi anak-anak yang bersekolah dan mereka telah kembali bersekolah seperti biasa. Rutin ibubapa pun nampaknya akan kembali seperti biasa. Ada ibubapa yang suka apabila sesi sekolah bermula semula, ada juga yang tak suka apapun ada sebab dan pertimbangan mereka sendiri.
Bagi aku semua sama sahaja memandangkan anak aku yang bersekolah hanya sorang sahaja. Bagi yang mempunyai anak ramai yang masih bersekolah mungkin agak memenatkan dan mengganggu tugas harian ditambah pula sekiranya anak mereka bersekolah di sesi pagi dan petang. Masa untuk menguruskan anak akan mengambil masa yang agak lama dan mungkin menjejas fokus dalam tugasan .

Walau bagaimana pun anak-anak adalah amanah yang perlu kita utamakan dan dalam masa yang sama tugas juga adalah amanah. Perlu lah kebijaksanaan dalam meastikan kedua amanah tersebut dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang masalah yang bakal timbul.

Selamat Kembali Bersekolah kepada semua murid-murid yang bersekolah dan selamat bertugas kepada ibubapa.

Saturday 7 June 2014

Projek berjalan lancar

Alhamdulillah setakat ini progres projek ubahsuai dapur berjalan lancar kerja-kerja telah mencapai progres 30% suatu yang agak baik, semalam terpaksa berehat sehari kerana memberi laluan kepada Abang aku merangkap Ketua Projek untuk melaksanakan acara makan-makan kesyukuran dan penghargaan kepada sedara mara yang bertungkuslumus membantu semasa Majlis Perkahwinan anak dia, iaitu anak sedara aku jugak :)....dirumah beliau. Menu BBQ kambing, lembu dan ayam di iringi  sup tulang dan bihun serta mee kuning. ermm sungguh menyelerakan .

Pagi ni ..aku bermula awal pagi ..sebab cover semalam dah berehat panjang hehehe..bukan apa pun sekadar membersihkan sekitar kawasan yang perlu untuk dijalankan kerja untuk hari ini supaya tidak terganggu kelak, lagipun cuaca pun nampak baik.

Sengal-sengal badan rasanya nie..maklum ler tak biasa kerja berat ni dah lama ditinggalkan kerja berat kerana faktor usia dan keupayaan namun digagahi juga memandangkan faedah sampingan hasil dari aktiviti ini agak baik kerana selain melakukan kerja-kerja untuk projek dalam masa yang sama aktiviti senaman dan pemecahan lemak berjalan serentak .

Impian nak bersenam dan berjogging sekian lama tak kesampaian hehehe cuma ini lah cara yang terbaik, sambil menyelam minum air bak kata pepatahkan..kan..kan ?..selepas 4 hari Alhamdulillah ada seluar lama yang dah tak muat sebelum ni , kini telah muat kembali ini satu motivasi yang baik nih. sambil berkerja sambil menjaga kesihatan. hehehe

Antara tugasan aku hari ni , semua batu-bata yang lama kena buang dalam RORO, ini bagi memastikan ruang atau kawasan unutk buat konkrit nanti sedia. . Lepas ni sedia untuk gali lubang untuk membina konkrit untuk pagar pula. Aktiviti yang agak mencabar fizikal dan mental hehehehe...kita tunggu saja hasilnya nanti hehehe

Alamakkk !!!....Tetiba ternampak pulak nasi goreng apa lagi..terus pekena nasi goreng dulu nanti sambung kerja lagi. Sebelum kerja kena kasi energy masuk dulu baru selesa... :) Okay makan duluu Bismillah....

Monday 2 June 2014

Ubahsuai Dapur

Setelah tertangguh sekian lama harapan untuk meneruskan projek ubahsuai dapur akan menjadi kenyataan InsyAllah..

Segala persiapan telahpun bermula dengan tinjauan tapak oleh pakar projek kita dan segala yang disenarai untuk dibeli bagi tujuan projek ini telah di beli dan bermula hari ini semua barangan yang di beli telah dihantar oleh tokey kedai satu persatu. Semangat berkobar nih...! hehehe

Bermula dengan penghantaran batu konkrit dan simen kemudian diikuti dengan batu bata dan kayu kayan serta kapor , kini sedang menunggu ketibaan pasir kasar dan halus untuk projek yang bakal bermula esok. ( Pstttt....gambar sebelah tu hiasan jer..sebagai pembakar semangat jer..kalau dpt camtu rasanya syukur...)

Semuga projek ini berjalan dengan lancar dan baik dan mencapai target untuk disiapkan sebelun Ramadhan bermula...Doakan  sama ya...nanti akan upload gambar dan status dari semasa ke semasa...


Sunday 1 June 2014

Ramadhan Al-Mubarak Bakal menjelma

Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita bakal menghadapi Ramadhan yang mulia bulan yang dipenuhi segala rahmat penghulu segala bulan, semuga kita dipertemukan dengan bulan kemuliaan ini InsyAllah

Kalau dilihat pada tahun ini agak berbeza sedikit, sepanjang pemerhatian di beberapa buah Pasaraya kita lihat sudah mula mereka menjualkan buah kurma (Tamar) di pasaraya mereka, sebagai tanda Ramadhan makin hampir satu pembaharuan yang baik.

Persiapkan diri untuk menyahut dan menambah dan meningkatkan segala kebaikan dan amalan sedia ada di bulan ramadahan nanti semuga kita sama-sama mendapat berkat dan rahmat.