Friday, 9 September 2011

Pantasnya Masa Berlalu

Hari ini dah masuk hari ke 10 Hari Raya aidilfitri, rasa macam baru semalam habis ramadhan..tup tup dah 10 Syawal. Buat masa ini tiada lagi sebarang open house nampaknya..cuma banyak undangan majlis perkahwinan di sana sini,

Mungkin dah hujung2 bulan raya nanti baru berebut2 orang buat open house ni..tengok je la..jangan sampai 5 buah rumah buat open house dalam satu hari , dah ler...meletup perut :0...hehehe..

Sambil2 taip ni ..dok dengar2 lagu raya..sayu plak hehehe..

Salam Lebaran...

Hari Raya Aidilfitri

Hari yang dinanti2kan akhirnya telah tiba..Hari Raya disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kesederhanaan, namum meriah dengan kunjungan rakan taulan sahabat handai.

Walaupun dah masuk kali ke dua menyambut aidilfitri di tanahair sendiri, namun suasana sambutan masih rasa macam masa berada di perantauan dulu. Mungkin sebab 4 kali beraya diperantauan masih terbawa2 hingga ke Malaysia.

Salam kemaafan buat seleuruh umat Islam terutama bagi yang mengenali diri ini, dengan ucapan Selamat Berhari Raya aidil fitri...


Friday, 19 August 2011

Ramadhan al Mubarak

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur dapat kita bertemu lagi di warkah blog ni setelah hampir setahun tidak menjengah blog aku sendiri malam ini aku gagahi untuk menjenguknya..

Ramadhan telah pun mencecah angka ke 19hari pada hari ini, suasana puasa masih segar, namun suasana hari raya telah pun mula terasa bahangnya dimana dicorong2 radio telah kedengaran lagu raya, berkumandang menambahkan lagi suasana segar , sayu bercampur2, tak kala mendengar lagu yang berirama sedih ianya akan mencuit hati kesedihan, manakala lagu yang berentak gembira akan menceriakan hari ku.

Walau apapun yang berlaku kehidupan tetap harus diteruskan semuga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun2 yang berlalu.

InsyAllah.


Sunday, 29 August 2010

Majlis Berbuka bersama Ex-CMS

Alhamdulillah,

Bersempena bulan mulia ramadhan al mubarak ini kami sekeluarga telah berbuka puasa di rumah Sdra Aj dan Mas di Shah Alam, turut sama ialah sdra Rashdan dan isteri serta keluarga, sungguh meriah dengan menu makanan yang sedap2 belaka. Syukur semuga ALLAh menambahkan rezeki buat sdra Aj sekeluarga.

Sunday, 22 August 2010

SELAMAT BERPUASA

Ramadhan al mubarak menjelma kembali, syukur dapat lagi menikmati bulan ramadan yang mulia ini, semuga ramadhan akan memberikan sepenuh hikmat dan berkat, dan lagi tahun ini dapat menyambut ramadhan di tanah air setelah 4 tahun berpuasa diperantauan.

Saturday, 13 February 2010

Salji turun lagi







Diselubungi salji yang turun lebat pada Januari 2010

Tahun 2010 di mulai dengan salji yang sungguh tebal dan terhebat sepanjang 30 tahun, dikatakan salji kali ini adalah yang paling lama bertahan sehingga hampir 2 minggu, sebelum ini salji hanya bertahan selama 1 minggu paling lama.






Warna putih menyelubungi seluruh UK kali ini, bukan setakat itu saja malah suhu pun mencatat satu tahap yang paling rendah dimana suhu ada ketikanya mencecah hingga -22oC.



Sunday, 17 May 2009

Pengembaraan ke Paris



Kami bertolak ke Charles De Gaule Airport dari Luton London Airpot pada 5 April 2009 dan kembali pada 7 April 2009, Pernerbangan mengambil masa selama 1 jam. menaiki penerbangan Easy Jet. Dari Aiport Charles De Gaule Paris terus ke Marne La Valle Chessy iaitu Disney Park.
Dan kemudian bertolak ke Apartment tempat kami menginap iaitu City Residence


Kemudian ke esokan harinya melawat Eiffel Tower mercu tanda kotaraya Paris.