Wednesday 9 July 2014

Peristiwa sepanjang Ramadhan

Hari ini telah hampir 12 hari semua umat Islam di Malaysia menunaikan Ibadah Puasa , begitu pantas sekali. Pelbagai peristiwa dan kejadian sepanjang 12 hari Dibulan Ramadhan Almubarak ini.

Antaranya serangan ganas Rejim Zionis ke atas penduduk Gaza dan membunuh rakyat yang tidak berdosa, Dimanakah pihak dan kuasa-kuasa besar yang sering melaungkan dan memperjuangkan hak kebebasan dan kemanusian dikala trajedi ini.? tidakkah ada sedikit rasa terguris atau terkesan dengan kejadian ini.?..walau apaun tuduhan dan penilaian mereka terhadap penduduk GAZA diharap ada insan yang dapat mengenepikan permasalah tersebut dan mencari jalan penyelesaian bagi meringankan tekanan terhadap GAZA ini kerana ini melibatkan nyawa.

Selain dari GAZA ini yang paling memeranjatkan adalah peristiwa kekalahan pasukan gergasi dunia BRAZIL di tangan JERMAN dengan jaringan 7-1 sangat menghampakan seluruh rakyat Brazil dan juga penyokong Brazil di seluruh dunia., Bola itu bulat jadinya pelbagai perkara boleh berlaku dan keputusan nya tidak semestinya selalu memihak kepada kita, sebarang keputusan terima lah dengan penuh rela dan menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya lagi dimasa hadapan, belajar dari kegagalan dan seterusnya menempa kejayaan yang sebenar.

Turut juga menjadi perbualan dan kesedihan dengan pemergian Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang telah meninggal duni pada bulan Ramadhan yang mulia ini, semuga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh..ALFATIHAH juga anak kepada Linda Rafar semuga keluarga mereka yang terlibat redha dan tabah menerima dugaan ALLAH.

No comments: