Saturday 12 January 2008

Majlis Doa Kesyukuran dan Bacaan Yassin

10-01-2008 - Pada Malam Jumaat iaitu bersempena Maal Hijrah 1429, satu majlis perjumpaan dan doa kesyukuran serta bacaan Yassin telah diadakan bersempena menyambut tahun baru Awal Muharam 1429 dan kesyukuran kerana salah seorang dari warga CMS telah mendapatkan visa bagi isteri dan anak2 nya yang telah telah ditolak oleh BHC ( British High Commisioner) akhirnya diluluskan juga InsyAllah keluarga beliau akan menyusul ke Bumi Cranfield ini pada 20hb Januari...InsyAllah,

Semuga majlis seperti ini akan dapat diteruskan,

12-01-2008 - Satu rombongan seramai 6 orang telah pergi ke Billingsgate Market buat kali yang ke 4 untuk membeli ikan dan udang serta sea food segar dari pasar borong besar. Bertolak seawal 4:30 pagi dan perjalanan mengambil masa kira2 1:30 jam. Dan hasil tangkapan di pasar borang adalah Udang, Ikan jenahak, Sotong, Ikan bawal, Ikan Salmon, ikan kembong dan bermacam2 lagi lah. Untuk bekalan selama 2 bulan InsyAllah...hehehe...

Balik rumah jer..terus kopek udang dan buat masak sambal udang petai hehehe,,best wooo

sekian dulu...

Wednesday 9 January 2008

Maal Hijrah 1429

Alhamdulillah,

Awal Muharam kembali lagi,

Ya Allah, Perkayakanlah saudara2 ku dengan keimanan dan keilmuan, hiasilah hatinya dengan kesabaran, muliakanlah wajahnya dengan ketaqwaan & perindahkanlah sifatnya dengan kesihatan serta terimalah amal ibadahnya kerana hanya Engkau Zat Penguasa...Amin Ya Robbal Alaminn,

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1429 kepada seluruh Umat Islam di dunia ini,

Saturday 5 January 2008

Tahun Baru 2008


Ini lah bilik dan meja aku keje kat Hotel CMDC

Mengikut kalendar masihi 1 Januari adalah tahun baru bagi mereka, so 1 Januari 2008 juga merupakan tahun baru juga la...tapi bagi kita Awal Muharam tu adalah tahun baru. apapun yang pasti kehidupan mesti diteruskan dan setiap hari kita mengucapkan dan diucapkan selamat, baik kan ucap selamat pada orang lain dan orang lain ucapkan selamat kembali pada kita.

Syukur kerana aku masih lagi dapat menjalankan kehidupan dan masih berkerja di disamping mengisi masa kosong kat rantau orang ni dapat juga menambah pengalaman kerja yang lain dari kerja yang dibuat di Malaysia ditambahkan lagi dengan suasana dan cara kerja orang di UK yang mempunyai perbezaan dengan cara kerja kita di Malaysia. Rezeki kita di negeri orang syukur alhamdulillah hehehe sementara kita merantau ni nanti dah balik sambung kehidupan cara malaysia semula hehehehe..Dah kerja ni tak la kena darab ngan 7 bila nak beli belah tu hehehe...sebab guna gaji dah siap kali 7 hehehe..kalau guna duit yang kita bawak dari Malaysia semata2 untuk keperluan kat sini mungkin sukar skit hehehe...

Bercuti panjang

21-Disember 2007 hingga 2 hb Januari 2008 - Seluruh UK cuti bersempena Krismas dan tahun baru so kita yang kerja ngan dorang pun turut sama mendapat tempias cuti hehehe dan bergaji penuh untung untung hehehe dah ler ada cuti tahunan pastu dapat cuti free lagi kalau kat Mesia buat camtu pun bagus. bagi cuti seminggu free masa raya aidilfitri ker kan best hehehe sebab kalau tak bagi cuti pon dorang ni bukan datang buat keje pun hehehehe..agaksnye la kot andaian jenaka aku jer tu ...hehehe mood raya katakan hehehe.

Kat sini bila tiba masa hujung tahun ni mmg banyak ler SALE sana sini sempena krismas dorang ler, SALE sana SALE sini pastu siap ada "BOXING DAYS" pada 26 hb tiap2 tahun masa ni la dorang beratur sejak 5 pagi depan pintu shopping complex nak bershopping dulu ada tengok dalam citer Mr Bean ingatkan saja si Bean tu buat lawak..rupanya kebanyakan kisah dalam citer Mr Bean tu adalah mencerminkan kehidupan sebenar kat sini cthnya seperti kisah shopping tadi, nak elak bayar kisah parking tu..sebab parking kat sini mahal, dan sebab apa dia pakai kete mini tu..boleh katakan 90% orang kat UK ni pakai kete kecik2.. kalau yang pakai kete besar dan berjenama tu kebanyakan nya orang bukan British, sebab kos untuk kereta tinggi, walaupun harga kereta murah tapi kos lain2 tinggi.. insuran, MOT ( kena hantar test kete setiap tahun - macam puspakom) hehehe, cukai jalan serbis dan baik pulih mahal2.

So tak hairan la kalau kita tengok Professor dan orang2 besar kat UK ni pakai kereta kecit2 ala2 Kelisa ngan savvy kat Malaysia...percaya la ini kisah benar hehehe. Naib Canselor University pun duduk rumah dekat Penginapan Kampus pergi keje jalan kaki hehehe...ini juga benar hehehe..Tak macam kat Malaysia, Pembantu makmal pun pakai kereta Innova hahahahaa...ini iklan jer hehehe tapi benar gaksss hehehe...

Apapun kesimpulannya kehidupan kita kat Malaysia ni walaupun dikatakan negara membangun tapi kita Jauh lebih maju dari UK ni. Disini pergi mana2 pun rasa macam tak pergi mana2...mesti tak faham maksud aku tu kan.??hehehe gini kat sini bangunan nye ngan rumah nye boleh katakan hampir sama jer mana2 pergi bentuk dan corak sama jer...batu bata bersusun heheh macam rumah yang aku duduk ni ler ...hehehe tu yang tak best kalau nak gi jenjalan..macam ari tu kitorang gi Birmingham, Oxford, Cambridge, BUckingham, London, DOver,..rasa macam kat cranfield jer hehe. Best Malaysia lagi hehehe...

Sambung lagi nanti heheh..lapar la pulak heheheh sejuk sejuk ni..mmg laparr jer hehehe