Saturday 12 January 2008

Majlis Doa Kesyukuran dan Bacaan Yassin

10-01-2008 - Pada Malam Jumaat iaitu bersempena Maal Hijrah 1429, satu majlis perjumpaan dan doa kesyukuran serta bacaan Yassin telah diadakan bersempena menyambut tahun baru Awal Muharam 1429 dan kesyukuran kerana salah seorang dari warga CMS telah mendapatkan visa bagi isteri dan anak2 nya yang telah telah ditolak oleh BHC ( British High Commisioner) akhirnya diluluskan juga InsyAllah keluarga beliau akan menyusul ke Bumi Cranfield ini pada 20hb Januari...InsyAllah,

Semuga majlis seperti ini akan dapat diteruskan,

12-01-2008 - Satu rombongan seramai 6 orang telah pergi ke Billingsgate Market buat kali yang ke 4 untuk membeli ikan dan udang serta sea food segar dari pasar borong besar. Bertolak seawal 4:30 pagi dan perjalanan mengambil masa kira2 1:30 jam. Dan hasil tangkapan di pasar borang adalah Udang, Ikan jenahak, Sotong, Ikan bawal, Ikan Salmon, ikan kembong dan bermacam2 lagi lah. Untuk bekalan selama 2 bulan InsyAllah...hehehe...

Balik rumah jer..terus kopek udang dan buat masak sambal udang petai hehehe,,best wooo

sekian dulu...

No comments: