Sunday 29 August 2010

Majlis Berbuka bersama Ex-CMS

Alhamdulillah,

Bersempena bulan mulia ramadhan al mubarak ini kami sekeluarga telah berbuka puasa di rumah Sdra Aj dan Mas di Shah Alam, turut sama ialah sdra Rashdan dan isteri serta keluarga, sungguh meriah dengan menu makanan yang sedap2 belaka. Syukur semuga ALLAh menambahkan rezeki buat sdra Aj sekeluarga.

Sunday 22 August 2010

SELAMAT BERPUASA

Ramadhan al mubarak menjelma kembali, syukur dapat lagi menikmati bulan ramadan yang mulia ini, semuga ramadhan akan memberikan sepenuh hikmat dan berkat, dan lagi tahun ini dapat menyambut ramadhan di tanah air setelah 4 tahun berpuasa diperantauan.

Saturday 13 February 2010

Salji turun lagi







Diselubungi salji yang turun lebat pada Januari 2010

Tahun 2010 di mulai dengan salji yang sungguh tebal dan terhebat sepanjang 30 tahun, dikatakan salji kali ini adalah yang paling lama bertahan sehingga hampir 2 minggu, sebelum ini salji hanya bertahan selama 1 minggu paling lama.






Warna putih menyelubungi seluruh UK kali ini, bukan setakat itu saja malah suhu pun mencatat satu tahap yang paling rendah dimana suhu ada ketikanya mencecah hingga -22oC.