Friday 18 May 2012


FILIPINA - Manila

Kali ini aku mendapat kesempatan lagi untuk merantau ke negara orang, kali ini aku telah terbang ke Kota Manila di Filipina selama 4 hari 5 malam 15hb - 19hb Mei 2012, Di Manila kami menetap di Century Park Hotel, Manila.



Penerbangan ke Manila mengambil masa hampir 4 jam,  kami berlepas pada jam 11.30 dan mendarat di Manila pada pukul 4.05 dengan menaiki Penerbangan MAS,

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIA) disambut oleh Sekretariat Mesyuarat yang akan dihadiri oleh isteri. Selepas menjemput kami kemudian kami dibawa ke ke Lapangan terbang Clark Manila untuk menjemput seorang lagi delegasi dari Indonesia, Namun setelah beberapa ketika menunggu kami dimaklumkan bahawa delegasi dari Indonesia itu telah selamat tiba di Hotel dengan menaiki teksi.

Kami terus dibawa ke Century Park Hotel,  cantik walaupun agak nampak lama namun situasi di dalam amat mengagumkan hotel yang cantik dan bilik yang besar dan kemas. Berdekatan dengan Pasaraya Besar " SM Harrison Plaza" hanya di seberang jalan.

Kami juga dibawa ke Dataran Jose Rizal dan beberapa kawasan sejarah berkaitan Jose Rizal disekitar Kotaraya Manila seperti tempat penjara dan peninggalan kesan sejarah Manila


Selepas itu sebelah petang kami dibawa ke Manila Ocean Park : The Underwater World yang sangat menarik dan antara terbesar mengandungi hidupan laut yang cantik dan menarik. 
 



Satu pengalaman perjalanan yang menyeronokkan dan akan menjadi kenangan sepanjang hayat... :)