Sunday 23 December 2007

Rumah Terbuka Aidil Adha

Majlis Rumah Terbuka Aidil Adha. & Bacaan Yassin.

Pada hari Khamis 20/12/2007 bermula 4:30 dengan Jamuan Hari Raya Aidil Adha, para tetamu dihidangkan dengan Nasi Beriani, Nasi Impit dengan Kari Kambing, Ayam Masak Tomato, Rendang Daging, Kuah Kacang Ayam, acar timun dan nenas serta Pecal fishball, fishcake dan timun hehehe. Tidak ketinggalan Kek Gula Hangus juga turut menjadi hidangan. Serta buah2an yang dibeli dari Tesco turut menjadi juadah pada majlis tersebut.

Syukur Alhamdulillah Ramai warga Cranfield yang hadir termasuk Veteren UK PR Pak Majid turut hadir memeriahkan majlis terima kasih banyak2 kerana sudi hadir, menjamu selera dan membaca Yassin dan doa kesyukuran pada malam itu yang diketuai oleh Sdra Hafiz Ismail.

Pada tahun ini rancangan untuk warga disini melakukan ibadah Korban tidak dapat dijalankan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, Namun InsyAllah tahun depan kita akan merancang dengan lebih awal dan teliti bagi menjayakan ibadah Korban ini.

Memandangkan cuaca sudah mula sejuk di sini ada ketikanya mencecah -7 dan pada malam sebelum majlis tersebut suhu mencecah -3 dan "frost" sewaktu pagi disekitar kawasan namun itu tidak menjadi penghalang untuk majlis ini diteruskan dan majlis ini kami jadikan sebagai salah satu cara untuk kami berkumpul dan beriadah serta bertukar2 cerita, walaupun mmg hari2 berjumpa hehehe...


Terima Kasih, kepada semua yang terlibat..SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dan SELAMAT TAHUN BARU 2008..

Wasalammm

No comments: