Tuesday 23 October 2007

Tetamu dari KUKUM dan Pegawai KWSP

Alhamdulillah..

Pagi Ahad 21/10/2007 jam 9:30 seperti dijangkakan ketibaan tetamu dari KUKUM iaitu Prof Mohd Nor datang ker rumah setelah menghadiri Satu Exhibition di London dan akan tinggal dirumah kami sepanjang urusan beliau di Cranfield dan Manchester,

Kami mengalukan kehadiran Prof ke rumah kami, Rasa gembira dengan kehadiran tetamu dari Malaysia.

Dan pagi tadi 23/10/2007 bertemu dengan 2 orang Pegawai dari KWSP , Pn Rosmina dan Pn Zalika.......yang menghadiri kursus selama 2 minggu di CMDC hotel dimana tempat aku berkerja. Seronok dapat berjumpa dengan rakyat Malaysia yang datang ke tempat kami, Aku menjemput mereka untuk makan malam bersama kami, dan berjanji akan membantu mereka dalam mendapatkan bahan keperluan di pasaraya berdekatan. Mereka nampak gembira kerana selama beberapa hari di sini sejak 5 hari raya lagi mendapati agak sukar untuk mendapatkan makanan halal. Di harap dengan berjumpa dengan mereka ini kami akan dapat membantu seberapa yang terdaya dalam masalah makanan dan membeli barang2 keperluan.

Menurut cerita mereka sudah beberapa group dari KWSP datang berkursus di Hotel ini namun tak berjumpa dengan warga Malaysia, mereka tidak menyangka ada orang Malaysia disini, dengan pertemuan kami pagi ini baru mereka tahu bahawa terdapat lebih kurang 20 keluarga di Cranfield ini.

No comments: