Sunday 31 August 2008

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum w.b.t,

Esok Isnin 1 hb September 2008, kami warga Malaysia di bumi Cranfield United Kingdom akan mula berpuasa semoga Ramadhan tahun ini akan lebih diberkati dan lebih baik dari tahun2 yang lalu , walaupun puasa disambut di negara orang yang amat berbeza caranya namun ibadah puasa ini tetap ditunaikan. Ramadan bulan yang suci rahmat berlimpah dari Ilahi..banyakkan amal dibulan ini..semoga mendapat berkat..InsyAllah....

Tiada bazar ramadhan...tiada juadah yang pelbagai...tiada cendol..tiada air tebu..tiada kueh muih yang pelbagai jenis...kalau ada pun semuanya perlu dibuat sendiri...

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia..

No comments: